Monday, April 16, 2012

Doalah Kepada Allah SWT Ketika Kamu Sakit Mahupun Sihat

Assalamualaikum rakan-rakan,
kali ini sy ingin berkongsi doa yg bersesuaian apabila kita ditimpa sakit,
sama2lah kita beramal :)

Kredit to Hamba Allah

Thursday, April 12, 2012

Ilustrasi Gambaran Perjalanan Ibadah Haji

Ilustrasi Gambaran Perjalanan Ibadah Haji, Kredit to Hamba Allah

Wednesday, April 4, 2012

Tempoh Untuk Menghabiskan 30 Juzuk Al Quran

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,

Pernahkah anda tertanya tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk anda menghabiskan bacaan ayat-ayat al Quran. 1 bulan? 1 tahun? 10 Tahun?

Mari rujuk disini :)
Kredit : Hamba Allah

Monday, April 2, 2012

Tomakninah Tomakninah Tomakninah

Dari Abu Hurairah r.a katanya: seorang lelaki bernama Khallad bin Rafi` telah masuk ke dalam masjid lalu solat. Setelah selesai, ia datang kepada Rasulullah s.a.w dan memberi salam. Baginda menjawab lalu bersabda:

“Kembali dan solatlah, kerana sebenarnya engkau belum bersolat lagi”. Maka orang itu pun kembali dan hal itu dilakukan sampai tiga kali, sampai akhirnya dia bertanya: “Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan membawa kebenaran, saya tidak dapat lakukan yang lebih baik daripada ini, oleh itu ajarkan aku” Maka baginda bersabda: “ Jika kamu berdiri solat, bertakbirlah, lalu bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan tomakninah, lalu bangkitlah hingga engkau berdiri tegak, lalu sujudlah dengan tomakninah, dan bangkitlah hingga engkau duduk dengan tomakninah pula, dan kemudian sujudlah lagi juga dengan tomakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu”

(Riwayat al-Buhkari, Muslim, dan Ahmad)